InstaForex

Total Pageviews

Monday 3 January 2011

Pedoman Forex

10 Tip Penting Urusniaga Forex
Melabur di dalam institusi dan koparat yang terkenal dan berdaftar sah bagi mengelakkan risiko dalam urusniaga matawang.
Walaubagaimanapun, penglibatan dalam perniagaan matawang ini dilihat dapat memberi pulangan yang lumayan kepada para pelabur.  Di kebanyakan bidang perniagaan, institusi-instifusi pelaburan yang mempunyai dana pelaburan yang besar menjadi penyumbang utama dalam pertumbuhan perniagaan matawang ini,   sementara pelabur-pelabur persendirian dan kecil, melihat ini sebagai satu aset yang menarik dan peluang  untuk mendapatkan keuntungan. 
  1. Banyak membuat latihan dengan demo-akaun sebelum anda memulakan urusniaga dengan wang sebenar (real money)

    Bayangkan seorang olahraga yang menyertai sukan Olimpik tanpa persediaan dan latihan? Pastikan anda banyak berlatih menjalankan urusniaga menggunakan platfom demo forex dan biasakan dengan trading platfom, indicator dan cara atau style anda menjalankan urusniaga sebelum melibatkan pelaburan yang sebenar (real money).

  2. Mengetahui pergerakan urusniaga matawang

    Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pergerakan matawang. Pengaruh yang paling besar ialah keadaan ekonomi sesebuah negara, pengeluaran kenyataan data ekonomi oleh sesebuah negara, polisi dan suasana politik memainkan peranan yang utama dalam peregerakan matawang negara tersebut.  Terdapat juga impak dari faktor teknikal yang lain seperti kadar interes, urusniaga equity dan urusniaga antarabangsa. Luangkan masa anda untuk mengetahui akan maklumat-maklumat  ini.

  3. Memahami strategi yang digunakan

    Terdapat berbagai cara yang anda boleh gunakan samada yang betul atau yang tidak.  Sebagai seorang trader anda harus tahu 3 cara yang kritikal dalam urusniaga forex iaitu membuat strategi, momentum dan nilai urusniaga. Momentum bagi memastikan arah pergerakan sesuatu matawang; membuat strategi bagi memastikan pelabur menjual matawang dengan kadar intrest yang rendah dan membeli dengan kadar interst yang tinggi dan strategi menilai urusniaga matawang berdasarkan kepada pandangan pelabur itu sendiri. Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda untuk menggunakan mana-mana strategi.

  4. Pengendalian risiko

    Di dalam apa juga jenis pelaburan, anda mesti sanggup menanggung risikonya. Tanya diri anda "berapakah yang saya sanggup rugi dalam keadaan ini?" Jika  anda tidak mempunyai jawapan yang pasti dan tepat, maka anda perlu memikirkan semula urusniaga itu.  Jangan mengambil risiko lebih dari yang anda mampu/sanggup rugi. Fikirkan bagaimana cara untuk anda meminimakan kerugian; gunakan strategi pemasaran forex seperti 'stop lose' atau 'limit orders'.

  5. Pegang pada apa yang anda tahu

    Terdapat beratus-ratus pasangan matawang yang anda boleh niagakan di dalam pasaran forex.  Setiap pasangan matawang mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk dianalisa dan difahami. Jika anda bukan trader sepenuh masa dan bukan sebagai professional trader, adalah lebih baik anda menumpukan penganalisaan, mengenal ciri-ciri sifat matawang dan memahami hanya kepada beberapa pasangan matawang sahaja.  Itu adalah lebih baik daripada anda memahami kesemua pasangan matawang yang ada di pasaran forex. Beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian dalam menganalisa pasangan matawang ialah kecairannya (liquidity), kos pertukaran (the spread) dan kadar perubahan turun-naiknya (volatility). Kebanyakan pasangan matawang utama mempunyai liquidity yang baik, kos pertukaran yang tetap dan kadar perubahan tutun-naik yang rendah.

  6. Rancang urusniaga anda, urusniaga anda perlukan perancangan 

    Satu hal, anda perlu mempunyai perancangan, dalam hal yang lain anda perlu membatalkannya. Adalah penting di dalam pasaran forex supaya anda tidak terperangkap di dalam keadaan - pasaran bergerak cepat dan dalam jangka masa yang singkat tidak boleh di ramalkan apa akan terjadi.


  7. Kajian, kajian, kajian

    Adalah penting berada di dalam keadaan terkini. Semua matawang bergerak pantas dan dengan meneliti harga hanya sekali dalam seminggu tidak akan dapat menolong anda mendapatkan pulangan yang lumayan untuk jangkamasa yang panjang. Adalah sangat membantu jika anda menggunakan kemudahan online yang ada untuk meneliti setiap minit data dan stastik. Data ini digunakan oleh trader untuk menentukan  kedudukan urusniaga mereka.

  8. Sentiasa mengawal emosi anda

    Di dalam membuat sesuatu keputusan yang penting, adalah perlu untuk mengawal emosi daripada mempengaruhi keputusan urusniaga yang dibuat.  Jika anda rasa kecewa disebabkan terlepas peluang untuk membuat keunntungan dan mahu menjalankan urusniaga yang lebih baik, atau nekad untuk mengembalikan kerugian awal anda itu - pertimbangkanlah terlebih dahulu keputusan anda itu, sebab ini menandakan amaran awal bahawa anda akan melakukan keputusan yang terburu-buru dan tidak rasional.  Jika anda merasa telah terbawa oleh emosi di dalam sesuatu urusniaga itu, tariklah nafas panjang, ulangkaji semula strategi anda, dan mengenalpasti sejauh manakah keputusan itu akan memberi kesan dalam keseluruhan urusniaga itu sebelum anda menghampiri atau menekan butang pesanan (execute button).

  9. Jangan mengharapkan keuntungan dalam setiap urusniaga

    Bunyinya macam tak sedap didengar,  tetapi hakikatnya seorang trader yang paling berjaya pun belum pasti akan mendapat keuntungan dalam setiap urusniaganya. Yang ada pada mereka ialah perancangan yang teratur dan strategi jangkamasa panjang dalam mengurangkan risikonya. Jadi tidak perlu putusasa jika urusniaga itu tidak bejalan lancar atau berjaya; perhatikan dimanakah kesilapannya dan pastikan anda belajar dari kesilapan itu dan berusaha tidak mengulanginya.


  10. Anggaplah ini sebahagian daripada kepelbagaian portfolio anda

    Urusniaga pertukaran matawang adalah sebahagian daripada aset dan banyak lagi aset-aset kewangan lain yang setanding dengannya, anggaplah ianya sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan yang seimbang . Pasaran matawang adalah tidak sesuai untuk setiap pelabur, maka tidak digalakkan anda menyertainya, tetapi jika anda berkeyakinan bahawa ianya boleh menjadi sebahagian daripada punca pendapatan anda, pastikan bahawa anda tahu akan risiko yang bakal anda hadapi dan keuntungan akan anda perolehi apabila anda berbuat demikian. Sama juga seperti urusniaga pasaran matwang; tetapkan risiko anda dengan tidak meletakkan kepercayaan sepenuhnya diatas satu urusniaga sahaja dan jadikan kepelbagaian sebagai kunci; tidak kira apapun bidang aset yang anda ceburi atau melabur.